Pengkhususan saya ialah dalam Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Berpandukan pengalaman, pengetahuan saya selama hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia kanak-kanak, saya ingin berkongsi dengan anda, TEKNIK, TIPS, RAHSIA dalam memahami dan menguruskan kanak-kanak. Tempoh umur 8 tahun ke bawah adalah waktu KRITIKAL di mana hidup, karakter, minat, kejayaan, kegagalan anak anda pada masa depan akan terbentuk pada waktu ini. Sudah tentu kita tidak mahu membiarkan masalah-masalah perangai yang tidak diingini seperti biadap, lembam dalam belajar, nakal yang melampau dan akhirnya ibu bapa sendiri terperangkap dalam dilema kepayahan membesarkan anak-anak? Di sini, anda akan didedahkan pelbagai cara untuk menangani masalah tersebut yang mana, pakar kanak-kanak, guru-guru berkaliber selalu praktiskan, tetapi anda tidak tahu pun mengenai perkara tersebut! Ianya tampak mudah tetapi, inilah solusi yang anda perlukan!
Sudi meluangkan masa dengan saya?
Terima kasih :)
Saya amat mengalu-alukan sekiranya anda mempunyai idea yang bijak, pendapat bernas, pengalaman menarik untuk dikongsikan bersama saya.
Semudah komen di ruangan komen,
ATAU emel saya di fzhanan57@gmail.com
Kita belajar, dan sama-sama bantu membimbing yang lain. Mari terokai dunia misteri kanak-kanak dan bongkar keunikannya.